Latihan Industri FIN666/671, OPM661/671, MKT661/671, HRM661/671 & IBM661/671

Written by Super Admin.

Berikut adalah borang-borang dan dokumen berkaitan dengan latihan industri bagi kod kursus (FIN666/671, OPM661/671, MKT661/671, HRM661/671 & IBM661/671) yang perlu diisi oleh semua pelajar.

1. Borang pengesahan majikan
2. Organization evaluation form
3. Job description(masing-masing)

Sila kembalikan borang dan juga “job description” yang telah lengkap selewat-lewatnya 15 November 2018 melalui fax 03-55448354/pos/serahan tangan kepada pejabat pusat ijazah.

Jawatan Kosong Pegawai Khidmat Pelanggan (N19)

Written by Super Admin.

Institut Pendidikan Neo (iNED) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak (Tabung Amanah iNED) di iNED, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 05 OKT 2018 (Jumaat).

Kemudahan Menggunakan Ruang Letak Kenderaan Pelajar ePJJ/PLK

Written by Super Admin.

1.    Pelajar ePJJ dan PLK diminta memohon kebenaran mengakses palang melalui system online http://myspb.uitm.edu.my bagi mendapatkan akses pakiran di Hal Ehwal Pelajar (HEP) & Budisiswa.

2.    Pelajar perlu mempunyai rekod stiker kenderaan UiTM (pelekat untuk motor tidak dibenarkan) sebelum boleh memohon melalui sistem tersebut.

3.    Hanya pelajar yang memohon kebenaran dan mendapat kelulusan sahaja yang dibenarkan untuk akses melalui palang.  Akses ke palang akan menggunakan kad pelajar sedia ada.

Nota*
Bagi pelajar yang selama ini boleh akses ke Budisiswa, secara automatic mereka juga boleh akses ke palang di Bangunan ILQAM selepas waktu pejabat (5 petang ke atas dan sepanjang waktu Sabtu dan Ahad).

Permohonan Mendapatkan Salinan Surat Tawaran

Written by Super Admin.

Perhatian kepada pelajar yang ingin mendapatkan salinan surat tawaran bagi kegunaan pengeluaran KWSP, permohonan Zakat, permohonan pembiayaan PTPTN dan sebagainya, anda disarankan untuk membuat permohonan lebih awal kerana tempoh untuk memproses salinan surat berkenaan sekurang-kurangnya mengambil masa satu (1) hari waktu bekerja.

Sebarang kesulitan amat dikesali.

Surcaj Kepada Pelajar Yang mendapat Gred YY dan ZZ dalam Peperiksaan Universiti

Written by Super Admin.

Merujuk kepada Peraturan Akademik UiTM (Pindaan 2011) para 2.15.5 dan keputusan Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan (seperti yang dilampirkan), pelajar UiTM yang mendapat status YY iaitu tidak hadir peperiksaan tanpa kebenaran akan dikenakan surcaj sebanyak RM100.00 bagi setiap kursus.

Maklumat lanjut sila rujuk Pekeliling -->> Klik Disini

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan UiTM

Written by Super Admin.

Untuk pencarian Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan UiTM secara dalam talian sila layari pautan ini http://eqps.ptar.uitm.edu.my:8080/eqps/. Pelajar berdaftar hanya perlu mendaftarkan nombor pelajar atau nombor staf beserta nombor kad pengenalan sahaja untuk mengakses koleksi ini.

Koleksi terkini kertas-kertas soalan ini adalah bagi Kertas Soalan Peperiksaan pada bulan Mac 2012 untuk 24 fakulti dan meliputi 841 kod kursus.

Pertanyaan mengenai login EQPS: Pn Ja'amayah Kosnan 03-55443783 

Pertanyaan mengenai teknik pencarian EQPS: Pn Azura Mohamad Hashim 03-55443712 ataupun pustakawan di kampus cawangan anda.