Program 'Student Get Student'

Written by Super Admin. Posted in Admission

Terma & Syarat

  1. Program ini dinamakan “Student-Get-Student (SGS)”.
  2. SGS ini dikhususkan kepada semua pelajar iNED yang berstatus aktif untuk menjadi “Rakan Promosi iNED (RPI)”. Kakitangan iNED yang sedang belajar (mengikuti program pengajian separuh masa UiTM) tidak dibenarkan menjadi RPI.
  3. Ganjaran sebanyak RM200.00 bagi setiap seorang pelajar baharu akan dikreditkan ke akaun bank RPI yang berjaya memenuhi syarat.
  4. Syarat pembayaran ganjaran tersebut adalah:
    • RPI dikehendaki untuk mengisi maklumat calon pelajar separuh masa iNED yang ingin didaftarkan di http://iis.ined.uitm.edu.my
    • Sila pastikan maklumat rujukan RPI (nombor pelajar) diisi di Bahagian C (pilihan program) dalam borang permohonan atas talian
    • Program pengajian yang terlibat dengan SGS ini adalah diploma separuh masa UiTM dan sarjana muda separuh masa UiTM sahaja
    • Pelajar baharu tersebut hendaklah mendaftar sebagai pelajar UiTM dan membayar semua yuran pada semester pertama
    • Pelajar baharu tersebut hendaklah menduduki peperiksaan pada semester pertama dan mendapat keputusan peperiksaan akhir
    • Pemberian ganjaran ini hanya pada semester pertama sahaja dan tidak akan berulang ke semester seterusnya
  5. Semua pelajar iNED yang ingin menjadi RPI perlulah mengemaskini maklumat peribadi di http://iis.ined.uitm.edu.my. Login menggunakan No.Pelajar dan Nombor Kad Pengenalan.
    • Sila pastikan maklumat akaun bank yang diisi adalah SAMA seperti di student portal