Satu Hajat Sejuta Harapan

Written by Super Admin. Posted in Gallery 2016

Program : Satu Hajat Sejuta Harapan
Tarikh :2 Jun 2016 (Khamis)
Tempat : Auditorium Pediatrik, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur


No images found.

 

Program ‘Satu Hajat Sejuta Harapan’ merupakan salah satu daripada aktiviti pelajar separuh masa Sarjana Muda Komunikasi Massa UiTM Shah Alam (MC 242), yang dibawah seliaan Ketua Pusat Pengajian, Pn Shira Haniza Binti Yaakop. Program yang diadakan telah berjalan dengan jayanya di Auditorium Pediatrik, Institut Pediatrik HKL pada 2 Jun 2016 dari jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Objektif utama program dijalankan bertujuan untuk mengaspirasikan impian dan hajat kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser selain memperkenalkan iNED kepada khalayak umum sebagai sebuah institusi pembelajaran sepanjang hayat (PSH) yang telah berjaya membantu ramai golongan bekerjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu juga kami turut membuka booth untuk mempromosikan program pengajian Diploma dan Sarjana Muda secara separuh masa. Penyertaan iNED UiTM ini dapat memberikan penerangan lebih terperinci kepada orang awam mengenai program yang ditawarkan.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Bahagian Pengambilan Pelajar
Institut Pendidikan Neo