Karnival Education Fair Metropoint Kajang

Written by Super Admin.

Program : Karnival Education & Career Fair 2014
Tarikh : 7 hingga 8 Mac 2014
Tempat : Metropoint Kajang, Selangor


 

Pihak iNED telah menerima jemputan daripada Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTM untuk turut sama mengadakan booth promosi di Metropoint, Kajang. Sasaran utama adalah kepada pengunjung pusat membeli-belah dan booth serta pempamer-pempamer yang turut serta di samping pelajar lepasan SPM 2013 untuk memberikan khidmat dan nasihat akademik kepada mereka. Ia turut memberikan impak positif kepada golongan sasar, ternyata UiTM tetap menjadi pilihan pengunjung.

Kunjungan YB Datuk Ahmad Mazlan (Timbalan Menteri Kewangan) dan YB Dato’ Razali Ibrahim (Timbalan Menteri) di booth kedua-dua iNED dan HEA UiTM sedikit sebanyak memeriahkan karnival. Karnival ini dilancarkan oleh Dato’ Seri Noh Omar dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sempena agenda tranformasi pembelajaran khususnya kepada lepasan pelajar SPM 2013 dan amanat kepada belia di dalam menghadapi cabaran globalisasi pada masa hadapan.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Mesyuarat Bersama CEO KKB UiTM

Written by Super Admin.

Program : Mesyuarat Bersama CEO KKB UiTM
Tarikh : 4 Mac 2014
Tempat : Dewan Senat, Canseleri UiTM Shah Alam


Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan permasalahan dan kekangan yang dihadapi oleh kedua-belah pihak bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik serta meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada pelajar. Di samping itu, ia juga adalah bertujuan untuk menyelaraskan kadar yuran KKB.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengarah iNED dan juga CEO daripada Kolej-kolej Bersekutu (KKB) UiTM.  

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Temubual Di UFM (Iklan Sarjana Muda Sesi Mac 2014)

Written by Super Admin.

Program : Temubual di UFM
Tarikh : 27 Februari 2014
Tempat : UFM, Menara SAAS


Satu sesi temubual dengan Dr Lennora Putit, Timbalan Pengarah Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP) iNED telah diadakan pada 27 Februari yang lepas di studio UFM. Slot temubual ini adalah bagi mewar-warkan dan membicarakan tentang iklan pengambilan pelajar baru peringkat Sarjana Muda ePJJ/PLK bagi sesi Mac 2014. Temuabual ini telah berlangsung selama satu jam.

Melalui hebahan ini diharapkan agar masyarakat yang mendengar saluran UFM dan berminat meneruskan pengajian akan mendapat informasi terkini yang lebih tepat dan sekaligus dapat memberi peluang kepada mereka untuk membuat permohonan.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Kursus OBE 1st Series 2014

Written by Super Admin.

Program : Kursus Jangka Pendek Developing Outcome Based (OBE)
Tarikh : 18 hingga 19 Februari 2014
Tempat : Pusat IT, Makmal Komputer, PTAR UiTM Shah Alam

 


Bengkel yang diadakan adalah bertujuan untuk membantu, memberikan kefahaman dan pendedahan kepada para pensyarah terutamanya pensyarah baru samada daripada IPTA/IPTS untuk mengetahui tentang tugas dan juga misi mereka sebagai tenaga pensyarah.

Pensyarah-pensyarah ini dibimbing tentang teknik pengajaran, penilaian dan pembentangan secara lebih berkesan oleh fasilitator dan juga panel daripada UiTM. Beberapa metodologi tentang SCL, SLT, COPIA, COPPA, CQI, MQA, PEO, LO, PO dan MQF dihuraikan dengan terperinci sepanjang program ini berlangsung.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo