Karnival Mahabbah

Written by Super Admin.

Program : Karnival Mahabbah
Tarikh : 17 - 19 Oktober 2014
Tempat : Masjid Jamek Ibnu Sina, Hospital Sg. Buloh


 

Pada 17 – 19 Oktober 2014 telah berlangsung Karnival Mahabbah bertempat di Masjid Jamek Ibnu Sina, Hospital Buloh. Karnival ini anjuran Koperasi Muslimin Malaysia Berhad dan kerjasama Hospital Sungai Buloh. Berenaka gerai jualan dan bermacam-macam aktiviti telah dijalankan semasa karnival telah menarik minat ramai pengunjung ke karnival tersebut.

Pusat Jaringan Industri, Promosi & Pemasaran (PJIPP) iNED telah mengambil inisiatif untuk mengedar brosur iNED sepanjang karnival berlangsung. Brosur diedar kepada setiap pengunjung dan juga diletakkan pada cermin kereta pengunjung. Ini bertujuan mempromosi program yang ditawarkan iNED kepada masyarakat setempat dan juga pengunjung karnival.

Diharap dengan edaran brosur iNED itu dapat memberi maklumat dan menarik minat masyarakat untuk menyambung pengajian secara separuh masa ePJJ/PLK yang ditawarkan iNED.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Kursus "Front Desk Services"

Written by Super Admin.

Program : Kursus "Front Desk Services"
Tarikh : 28 hingga 29 Oktober 2014
Tempat : Institut Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti (iLQAM)

 

Ceramah diberikan oleh Prof. Madya Puan Hajah Yon Bahiah Bt Wan Aris, seorang penceramah yang sangat berpengalaman.

Tujuan kursus ini diadakan untuk memberikan kefahaman dan pendedahan tentang tugas “Front Desk Services”, teknik pemberian khidmat pelanggan yang cemerlang, penilaian dan pembentangan kerja secara lebih berkesan kepada para pelanggan dan juga rakan sekerja. Mereka juga mempelajari kemahiran komunikasi yang efektif dalam khidmat pelanggan.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Pameran Karnival Membaca 1Malaysia

Written by Super Admin.

Program : Karnival Membaca 1Malaysia
Tarikh : 26 – 28 Jun 2014
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)


 

Pada 26 – 28 Jun 2014, pihak iNED telah dijemput oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk mengadakan pameran sempena Karnival Membaca 1Malaysia bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 26 Jun 2014. Pameran booth promosi iNED bertujuan memberi penerangan dan maklumat kepada pengunjung tentang program pembelajaran separuh masa ePJJ/PLK yang ditawarkan oleh iNED UiTM.

Booth promosi iNED telah menarik ramai pengunjung yang rata-rata berminat menyambung pengajian peringkat Diploma dan Sarjana Muda secara separuh masa ePJJ/PLK di iNED.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Kursus “Finance For Non-Finance Personnel

Written by Super Admin.

Program : Kursus “Finance For Non-Finance Personnel
Tarikh : 30 September hingga 1 Oktober 2014
Tempat : Institut Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti (iLQAM)


 

Baru-baru ini, Institut Pendidikan Neo (iNED) telah menganjurkan satu kursus “Finance for Non-Finance Personnel” yang telah diadakan di Institut Kepimpinan Dan Pengurusan Kualiti (iLQAM).

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang kewangan dan sekaligus dapat membantu mereka dalam membuat keputusan kewangan dengan mengintegrasikan konsep-konsep yang dipelajari di bengkel.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Promosi Perkampungan Belia & Kerjaya Padang Merbok

Written by Super Admin.

Program :Pameran Kemerdekaan (Belia Dan Kerjaya)
Tarikh : 28 Ogos Hingga 1 September 2014
Tempat : Padang Merbok, Kuala Lumpur


 

Pihak iNED telah menerima jemputan daripada Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTM untuk turut sama mengadakan booth promosi di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Sasaran utama adalah kepada pengunjung pameran, agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dan pempamer-pempamer serta belia-belia Bumiputera. Ia turut memberikan impak positif kepada golongan sasar, ternyata UiTM tetap menjadi pilihan pengunjung.

Kunjungan YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multi Media di booth kedua-dua iNED dan HEA UiTM sedikit sebanyak memeriahkan pameran. Pameran ini telah menarik ramai pengunjung yang rata-ratanya ingin menyambung pengajian di peringkat Diploma dan Sarjana Muda secara e-PJJ.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Kursus Jangka Pendek “Developing Outcome Baseds (OBE) Workshop for Lecturers”

Written by Super Admin.

Program : Kursus Jangka Pendek “Developing Outcome Baseds (OBE) Workshop for Lecturers”
Tarikh : 12 & 13 Ogos 2014 (Selasa & Rabu), 10.30 pagi
Tempat : Makmal Bahasa, Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM


 

Institut Pendidikan Neo (iNED) sekali lagi telah menganjurkan kursus “Developing Outcome Baseds (OBE) Workshop for Lecturers" setelah kursus yang diadakan sebelum ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak.

Kursus ini dihoskan oleh penceramah yang sangat berpengalaman iaitu Tuan Haji Nadzri Mohd Yusoff bagi mencapai objektif pihak penganjur untuk membantu para pensyarah dalam melaksanakan aspirasi kerjaya mereka.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Lawatan Delegasi Yamen ke Malaysia

Written by Super Admin.

Program : Lawatan Delegasi Yemen ke Malaysia
Tarikh : 26 Ogos 2014 (Selasa), 10.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat LPU, Bangunan Canselari UiTM


 

Institut Pendidikan Neo (iNED) telah menerima kunjungan delegasi daripada Yemen yang membuat lawatan rasmi ke Malaysia pada 19 hingga 29 Ogos 2014. Seramai 9 orang peserta termasuk wakil daripada Kedutaan Yemen di Malaysia dan juga penterjemah telah hadir ke perjumpaan bersama iNED, iLEARN dan OIA. Delegasi ini yang diketuai oleh Timbalan Menteri Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa telah diberikan penerangan berkaitan program dan pencapaian iNED dan iLEARN yang boleh dijadikan sebagai titik permulaan untuk kerjasama antara Yemen dan UiTM dalam sektor pendidikan.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Kunjungan Daripada MARA - Japan Industrial Institute (MIJI)

Written by Super Admin.

Program : Perbincangan Bersama Wakil MIJI
Tarikh : 2 April 2014
Tempat : Bilik Mesyuarat Dwelling 11, INTEKMA Resort

 

 

Pihak Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP) iNED telah dikunjungi oleh pihak Pengurusan dan wakil daripada MJII untuk sesi perbincangan mengenai program usahasama yang boleh dijalankan di UiTM. 6 orang pegawai dari MJII ini telah bermesyuarat bersama pegawai iNED. Satu siri program usahasama dan perbincangan yang pertama kali diadakan ini bertujuan langkah bersepadu UiTM di dalam memberi kerjasama baharu kepada kolej-kolej swasta untuk menjalankan program UiTM di peringkat diploma atau Ijazah sarjana muda.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Kunjungan Daripada Maktab Koperasi Malaysia (MKM)

Written by Super Admin.

Program : Perbincangan Bersama Wakil MKM
Tarikh : 16 Mei 2014
Tempat : Bilik Mesyuarat Dwelling 11, INTEKMA Resort

 

 

Pihak Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP) iNED telah dikunjungi oleh pihak Pengurusan dan wakil daripada Maktab Koperasi Malaysia (MKM) bagi permohonan untuk menjalankan Program Usahasama UiTM di Maktab Koperasi Malaysia cawangan Selangor, Sabah dan Sarawak. Satu siri program usahasama dan perbincangan yang pertama kali diadakan ini bertujuan langkah bersepadu UiTM di dalam memberi kerjasama baharu kepada kolej-kolej swasta untuk menjalankan program UiTM di peringkat diploma atau Ijazah sarjana muda.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Mesyuarat Bersama Marketing Exec KKB

Written by Super Admin.

Program : Mesyuarat Bersama Marketing Executive KKB UiTM
Tarikh : 17 Mac 2014
Tempat : Bilik Seminar, Kolej Mawar UiTM Shah Alam


Pada 17 Mac 2014 lalu, bertempat di Bilik Seminar, Kolej Mawar, UiTM Shah Alam telah diadakan mesyuarat bersama pegawai pemasaran Kolej-kolej Bersekutu (KKB) UiTM. Mesyuarat dan perjumpaan ini merupakan julung-julung kalinya diadakan di antara iNED dan Pegawai Pemasaran dari KKB.

Objektif mesyuarat ini diadakan adalah sebagai proses pemantapan hubungan dua hala bersama KKB dan penyelesaian masalah berbangkit. Pihak iNED bermesyuarat dan mendapati bahawa pelbagai idea dan cadangan daripada KKB sedikit sebanyak dapat membantu di dalam peningkatan enrolmen pada masa hadapan. Dijangkakan sesi ke2 mesyuarat dan perjumpaan bersama Pegawai Pemasaran KKB akan diadakan pada penghujung tahun 2014.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo