Karnival E-Learning Universiti Peringkat Kebangsaan 2014 (NUCeL2014)

Written by Super Admin.

Program : Karnival E-Learning Universiti Peringkat Kebangsaan 2014 (NUCeL2014)
Tarikh : 14 hingga 15 November 2014
Tempat : Shah Alam Convention Centre (SACC)


 

Pada 14-15 November 2014, pihak kami telah membuka booth pameran di Karnival E-Learning Universiti Peringkat Kebangsaan 2014 (NUCeL2014). Pameran booth promosi iNED bertujuan memberi penerangan dan maklumat kepada pengunjung tentang program pembelajaran separuh masa ePJJ/PLK yang ditawarkan oleh iNED UiTM.

Karnival ini di anjurkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kementerian Pendidikan Malaysia dan MEIPTA. Booth promosi iNED telah menarik pengunjung yang rata-rata berminat menyambung pengajian peringkat Diploma dan Sarjana Muda secara separuh masa ePJJ/PLK di iNED.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo