Sesi Slot Temubual Radio UFM UiTM Dengan Pelajar iNED Yang Mendapat Anugerah Naib Canselor (ANC)

Written by Super Admin.

Program : Sesi Slot Temubual Radio UFM Dengan Pelajar iNED Yang Mendapat Anugerah Naib Canselor (ANC)
Tarikh : 24 November 2014 (Isnin)
Tempat : Radio UFM UiTM, Tingkat 13 Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) UiTM


 

Seramai 21 orang pelajar iNED telah mendapat Anugerah Naib Canselor (ANC) pada Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-81 yang telah diadakan pada 22 November - 2 Disember 2014. Sebagai menghargai kejayaan para graduan iNED, satu sesi temubual bersama tiga (3) orang penerima anugerah ini, iaitu:

i. Puan Siti Noor Faizah bt. Mohamed Ali, graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan
ii. Muhammad Harith Bin Roslani, graduan Diploma BM111 Kolej-Kolej Bersekutu UiTM (KPTM Bangi)
iii. Fara Bt. Hamzan, graduan Diploma BM111 Kolej-Kolej Bersekutu UiTM (Kolej UNIKOP).

Semoga sesi temubual ini dapat memberikan tips dan rahsia kejayaan graduan berkenaan bagi membantu mahasiswa lain untuk mengikut jejak langkah kejayaan mereka suatu hari nanti.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo