Taklimat Di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Written by Super Admin.

Program : Taklimat Di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
Tarikh : 21 April 2014
Tempat : PNM, Kuala Lumpur


 

Pada 21 April 2014, pihak iNED telah dijemput untuk mengadakan satu sesi taklimat e-PJJ/PLK di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang bertempat di Jalan 232, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Seramai 60 orang kakitangan Perpustakaan Negara Malaysia telah menghadiri sesi taklimat ini yang julung-julung kali diadakan. Rata-ratanya maklum balas positif telah diterima bagi staf-staf yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Kehadiran pihak Institut Pendidikan Neo, UiTM sedikit sebanyak memberi nafas baru kepada mereka yang masih berkira-kira di dalam penentuan tempat pembelajaran yang kondusif, murah, fasiliti yang serba lengkap dan sebagainya.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo