Sesi Slot Temubual di Radio UFM & KKB UiTM

Written by Super Admin.

Program : Sesi Slot Temubual di Radio UFM & KKB UiTM
Tarikh : 16 , 21 & 27 Oktober 2014
Tempat : Radio UFM UiTM, Tingkat 13 Menara Sultan Abdul Aziz Shah(SAAS) UiTM


 

Bagi membantu pihak Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) UiTM, pihak iNED telah mengadakan sesi slot temubual di radio UFM, UiTM. Sesi temubual ini telah berdurasi selama satu jam bersama wakil KKB dan DJ radio UFM pada 16 Oktober 2014 (Institut Profesional Baitulmal), 21 Oktober 2014 (Kolej Poly-Tech MARA Bangi) dan 27 Oktober 2014 (Kolej Teknologi Timur).

Sesi slot temubual ini bertujuan untuk mewar-warkan kepada masyarakat di Lembah Kelang mengenai Program Usahasama UiTM dengan Kolej- Kolej Bersekutu (KKB) UiTM.

Melalui hebahan ini diharapkan masyarakat yang mendengar saluran UFM berminat untuk meneruskan pengajian di Kolej - Kolej Bersekutu (KKB) UiTM.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo