Taklimat 7-Eleven Sdn Bhd

Written by Super Admin.

Program : Taklimat 7-Eleven Sdn Bhd
Tarikh : 05 Disember 2014
Tempat : Regional Office 7-Eleven,Puchong Permai, Puchong


 

Pihak kami telah dijemput oleh 7-Eleven Sdn Bhd (Cawangan Puchong) untuk memberikan taklimat kepada staf bahagian jualan & operasi. Seramai 36 orang staf telah menghadirkan diri di Regional Office 7-Eleven untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh KPP kami, Encik Mohamad Fahimi Ahmad mengenai program pembelajaran separuh masa e-PJJ/PLK peringkat Diploma dan Sarjana Muda yang ditawarkan oleh iNED UiTM.

Ada diantara mereka berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi setelah mendengar taklimat dari pihak kami.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Kursus Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan

Written by Super Admin.

Program : Kursus Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan
Tarikh : 25 hingga 26 November 2014
Tempat : iLQAM, UiTM Shah Alam


 

Pada 25 dan 26 November 2014, pihak iNED telah menganjurkan satu kursus “Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan” yang telah dihoskan oleh dua orang pensyarah kanan daripada Fakulti Perakaunan iaitu Prof. Madya Dr. Roshayani Arshad dan Prof. Dr. Nafsiah Mohamed.

Pelaksanaan perakaunan akruan adalah sejajar dengan Dasar Transformasi Sektor Awam dalam Model Baru Ekonomi yang bertujuan untuk memantapkan pengurusan fisikal berhemat serta mempertingkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Hari Terbuka Universiti di Bursa Malaysia Berhad

Written by Super Admin.

Program : Hari Terbuka Universiti di Bursa Malaysia Berhad
Tarikh : 4 November 2014
Tempat : Bursa Malaysia Berhad, Kuala Lumpur


 

Pada 4 November 2014 iaitu Hari Terbuka Universiti, pihak kami telah dijemput untuk memberikan taklimat kepada staff Bursa Malaysia dan membuka booth pameran di Dewan Annexe, Bursa Malaysia. Taklimat dan pameran booth promosi iNED bertujuan memberi penerangan dan maklumat kepada pengunjung tentang program pembelajaran separuh masa ePJJ/PLK yang ditawarkan oleh iNED UiTM.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Karnival E-Learning Universiti Peringkat Kebangsaan 2014 (NUCeL2014)

Written by Super Admin.

Program : Karnival E-Learning Universiti Peringkat Kebangsaan 2014 (NUCeL2014)
Tarikh : 14 hingga 15 November 2014
Tempat : Shah Alam Convention Centre (SACC)


 

Pada 14-15 November 2014, pihak kami telah membuka booth pameran di Karnival E-Learning Universiti Peringkat Kebangsaan 2014 (NUCeL2014). Pameran booth promosi iNED bertujuan memberi penerangan dan maklumat kepada pengunjung tentang program pembelajaran separuh masa ePJJ/PLK yang ditawarkan oleh iNED UiTM.

Karnival ini di anjurkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kementerian Pendidikan Malaysia dan MEIPTA. Booth promosi iNED telah menarik pengunjung yang rata-rata berminat menyambung pengajian peringkat Diploma dan Sarjana Muda secara separuh masa ePJJ/PLK di iNED.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Sesi Slot Temubual Radio UFM UiTM Dengan Pelajar iNED Yang Mendapat Anugerah Naib Canselor (ANC)

Written by Super Admin.

Program : Sesi Slot Temubual Radio UFM Dengan Pelajar iNED Yang Mendapat Anugerah Naib Canselor (ANC)
Tarikh : 24 November 2014 (Isnin)
Tempat : Radio UFM UiTM, Tingkat 13 Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) UiTM


 

Seramai 21 orang pelajar iNED telah mendapat Anugerah Naib Canselor (ANC) pada Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-81 yang telah diadakan pada 22 November - 2 Disember 2014. Sebagai menghargai kejayaan para graduan iNED, satu sesi temubual bersama tiga (3) orang penerima anugerah ini, iaitu:

i. Puan Siti Noor Faizah bt. Mohamed Ali, graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan
ii. Muhammad Harith Bin Roslani, graduan Diploma BM111 Kolej-Kolej Bersekutu UiTM (KPTM Bangi)
iii. Fara Bt. Hamzan, graduan Diploma BM111 Kolej-Kolej Bersekutu UiTM (Kolej UNIKOP).

Semoga sesi temubual ini dapat memberikan tips dan rahsia kejayaan graduan berkenaan bagi membantu mahasiswa lain untuk mengikut jejak langkah kejayaan mereka suatu hari nanti.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Program Bakti Siswa

Written by Super Admin.

Program : Program Bakti Siswa
Tarikh : 19 Oktober 2014 (Ahad)
Tempat : Perkarangan Amazing Heights Apartment,Sungai Udang, Klang


 

Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti ADUN Selat Kelang bersama dengan Jawatankuasa Penduduk dan Surau Amazing Heights. Pelbagai aktiviti telah diadakan dan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, menukar minyak hitam motosikal percuma, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan sukaneka untuk ibubapa. Aktiviti merupakan salah satu alternatif untuk merapatkan golongan siswa dengan masyarakat setempat.

Memandangkan iNED sedang giat bergerak aktif dalam meningkatkan enrolmen pelajar ePJJ dan PLK, PJIPP telah mengambil inisiatif dengan menyertai karnival ini untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai program yang ditawarkan.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Karnival Selangkah UiTM Mac 2014

Written by Super Admin.

Program : Karnival Selangkah UiTM Mac 2014
Tarikh : Mac 2014
Tempat : Dewan Agung Tuanku Canselor


 

Pada Mac 2014 lalu, UiTM mengadakan Karnival Selangkah UiTM untuk menerima kunjungan ibu bapa dan para pelajar lepasan SPM 2013. Karnival ini memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kepada mereka mengenai program – program yang ditawarkan di UiTM. Fakulti-fakulti, jabatan dan unit berganding bahu di dalam menjayakan karnival ini dimana dapat memberikan penerangan jelas kepada mereka. Unit Hal Ehwal Akademik UiTM turut terlibat di dalam karnival yang diadakan setiap tahun ini. Amat jelas bahawa kunjungan tanpa henti dari pelawat menjadi pembakar semangat kepada staf-staf UiTM untuk terus memberikan khidmat dan nasihat kepada mereka.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Taklimat di Ranhill Energy & Resources Berhad

Written by Super Admin.

Program : Taklimat Ranhill Energy & Resources Berhad
Tarikh : 18 April 2014
Tempat : Tingkat 15, Wisma Perkeso


 

Pada 18 April 2014, satu taklimat e-pjj/plk telah diadakan di Ranhill Energy & Resources Berhad yang bertempat di Tingkat 15, Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Taklimat ini di wakili oleh pegawai-pegawai dari Unit Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran, Institut Pendidikan Neo (iNED), Universiti Teknologi MARA. Seramai 50 orang mengambil bahagian di dalam taklimat ini dan menunjukkan minat mereka di dalam menyambung pelajaran di peringkat diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Taklimat Di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Written by Super Admin.

Program : Taklimat Di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
Tarikh : 21 April 2014
Tempat : PNM, Kuala Lumpur


 

Pada 21 April 2014, pihak iNED telah dijemput untuk mengadakan satu sesi taklimat e-PJJ/PLK di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang bertempat di Jalan 232, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Seramai 60 orang kakitangan Perpustakaan Negara Malaysia telah menghadiri sesi taklimat ini yang julung-julung kali diadakan. Rata-ratanya maklum balas positif telah diterima bagi staf-staf yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Kehadiran pihak Institut Pendidikan Neo, UiTM sedikit sebanyak memberi nafas baru kepada mereka yang masih berkira-kira di dalam penentuan tempat pembelajaran yang kondusif, murah, fasiliti yang serba lengkap dan sebagainya.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Sesi Slot Temubual di Radio UFM & KKB UiTM

Written by Super Admin.

Program : Sesi Slot Temubual di Radio UFM & KKB UiTM
Tarikh : 16 , 21 & 27 Oktober 2014
Tempat : Radio UFM UiTM, Tingkat 13 Menara Sultan Abdul Aziz Shah(SAAS) UiTM


 

Bagi membantu pihak Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) UiTM, pihak iNED telah mengadakan sesi slot temubual di radio UFM, UiTM. Sesi temubual ini telah berdurasi selama satu jam bersama wakil KKB dan DJ radio UFM pada 16 Oktober 2014 (Institut Profesional Baitulmal), 21 Oktober 2014 (Kolej Poly-Tech MARA Bangi) dan 27 Oktober 2014 (Kolej Teknologi Timur).

Sesi slot temubual ini bertujuan untuk mewar-warkan kepada masyarakat di Lembah Kelang mengenai Program Usahasama UiTM dengan Kolej- Kolej Bersekutu (KKB) UiTM.

Melalui hebahan ini diharapkan masyarakat yang mendengar saluran UFM berminat untuk meneruskan pengajian di Kolej - Kolej Bersekutu (KKB) UiTM.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo