Temubual di Traxx Fm - 30 Mei 2013

Written by Super Admin.

Radio : Traxx FM – English Slot.
DJ : 1 Singh – Mr Vishi.
Tempat: Wisma Radio, Angkasapuri, RTM.
Masa: 1200-1300 petang.
Tajuk: Institut Pendidikan Neo, iNED, Universiti Teknologi Mara

 

Temubual ini julung kalinya diadakan diantara Dr Lennora bagi pihak iNED dan Traxx FM oleh Dj 1 Singh (Dj Vishi), RTM. Ianya dikelolakan oleh Puan Norlida di dalam slot bahasa inggeris untuk memperkenalkan apakah itu iNED, fungsi dan siapa yang layak untuk melanjutkan pelajaran di pusat ini. Dr Lennora ditemubual mengenai visi, misi dan objektif penubuhan iNED selaras dengan pengimejan semula daripada Institut Perkembangan Pendidikan, InEd kepada Institut Pendidikan Neo, iNED , Universiti Teknologi Mara. Dr Lennora juga ditemubual  mengenai fungsi –fungsi Kolej-Kolej Bersekutu dan penawaran kursus jangka pendek, yang sesuai untuk diturut serta oleh kaum bukan bumiputera.

Temubual secara langsung ini diadakan pada jam 1200 hingga 1300 ptg untuk satu sesi live di WISMA RADIO, RTM. Puan Norlida dari Traxx FM juga bertanggungjawab menjadi perantara kepada pihak iNED dan RTM bagi mengaturkan sesi temubual ini.

Tujuan utama temubual ini ialah memberi pengenalan mengenai iNED, struktur organisasi dan fungsinya dimana secara tidak langsung dapat meningkatkan enrolmen pengambilan pelajar untuk semester-semester yang akan datang. Dr. Lennora memberi ucapan kepada semua pendengar radio stesen Traxx FM bersempena Hari Gawai, dan memberi ucapan khas untuk mangsa bot karam di Sarawak baru-baru ini.


Disediakan Oleh:
Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo (iNED), UiTM