Kursus NVIVO 10

Written by Super Admin.

Program: Kursus NVIVO 10
Tarikh: 24 Jun 2013
Tempat: Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Shah Alam

 

NVIVO 10 adalah perisian terkini analisis data kualitatif yang dilancarkan oleh QSR International. Sama ada anda pengguna perisian kualitatif baru atau pengguna mahir, kursus NVIVO 10 menawarkan pelbagai kaedah untuk membantu anda meneroka idea yang kompleks dengan mudah. Fungsi NVIVO 10 memenuhi keperluan akademik, kerajaan dan penyelidik komersial serta boleh disesuaikan dengan gaya kerja peribadi.

Fasilitator yang dilantik mengendalikan kursus ini adalah Prof Madya Dr Roslani Bin Embi seorang penyelidik, jurulatih perisian dan pengarah di Institut Pendidikan Neo, UiTM. Beliau juga mengajar EndNote dan SPSS, berpengalaman luas di dalam bidang tersebut. Kursus ini dijalankan pada 24 dan 25 Jun 2013 bertempat di Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Shah Alam dihadiri seramai 33 orang peserta.

Objektif kursus ini adalah bagi membantu peserta memahami bagaimana untuk merangka satu projek, bekerja dengan data dan menganalisis data asas yang lengkap menggunakan NVIVO 10. Perisian ini dicadangkan untuk penggunaan kajian peringkat tertinggi iaitu universiti bagi memudahkan pengkaji atau penyelidik dalam menganalisis data kualitatif. Kursus ini bersesuaian sekali untuk dihadiri oleh pelajar-pelajar pasca-siswazah dan penyelidik yang terlibat dalam projek-projek penyelidikan kualitatif. Pengguna yang tidak berpengalaman dalam perisian Nvivo tetapi mahir menggunakan komputer dan Windows adalah digalakkan menyertai.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo