Taklimat Penawaran Pengajian ePJJ/PLK Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kepada Kakitangan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)

Written by Super Admin.

Program: Taklimat Penawaran Pengajian ePJJ/PLK Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kepada Kakitangan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)
Tarikh: -
Tempat: Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)

 

Selaras dengan kenaikan pangkat dan gred untuk anggota beruniform yang di umumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak baru-baru ini, pasukan anggota di Rejimen 515 ini tidak terlepas daripada tuntutan Kerajaan Malaysia yang mahukan setiap anggota dan pegawai meneruskan pengajian peringkat tertinggi supaya kenaikan pangkat dan gred dapat diselaras, diseratakan dan sesuai mengikut Sistem Saraan Transformatif (SST).

Pasukan pertahanan negara ini memilih UiTM sebagai platform untuk melanjutkan pelajaran kerana dengan kesibukan anggota dan pegawai tentera untuk bersedia 24 jam, 7 hari seminggu, ianya agak mustahil bagi mereka untuk meneruskan pengajian jika mod e-PJJ dan PLK tidak wujud. Maka dengan itu, Blended Learning adalah jalan penyelesaian di mana dengan hanya 5 hingga 7 kali seminar pada setiap semester dan dibantu oleh portal i-Class, sudah pasti masalah ini dapat diselesaikan melalui perhubungan di antara pensyarah dan pelajar dapat diluaskan oleh kepelbagaian teknologi terkini.

Setelah melalui proses perbincangan selama hampir 5 bulan, pihak iNED telah dipanggil untuk memberi taklimat khas kepada kakitangan MINDEF. Taklimat ini telah diadakan kepada tiga kumpulan berasingan melibatkan Tentera Darat dan Tentera Laut. Sejurus sahaja tamat taklimat, rata-rata peserta yang hadir membuat semakan kelayakan dan mengisi borang permohonan online untuk kemasukan September 2013.
Mejar Werar, Kapt Zainuddin dan Mejar Aina bertindak sebagai perantara bagi mewakili hampir 600 anggota dan pegawai dari pelbagai jabatan dan unit di rejimen ini bersedia menggalas satu lagi tanggungjawab besar iaitu sebagai pelajar UiTM. Kekakangan masa, latihan dan bersedia untuk 24 jam di dalam duti tidak menjadi penghalang kepada anggota dan pegawai tentera ini melanjutkan pelajaran demi menimba ilmu dan memberikan mutu perkhidmatan yang berkualiti demi agama, bangsa dan negara.

Kini, iNED menggalas satu lagi cabaran besar demi memenuhi tuntutan agenda transformasi negara ke arah pembangunan yang lebih berintegriti, pembangunan modal insan yang setara, dan kompetetitf untuk negara Malaysia yang maju, membangun dan lebih berdaya saing. Semoga kerjasama bersama MINDEF ini dapat diteruskan pada masa hadapan. UiTM dengan berbesar hati mempelawa semua badan beruniform lain seperti PDRM, APMM, KDRM, BOMBA untuk sama-sama berjuang di dalam bidang pendidikan demi mencapai matlamat ke arah kepimpinan yang profesional dan berdaya saing.

Disediakan Oleh : Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo