Taklimat Di Kampus Cawangan UiTM Johor Bahru Dan UiTM Segamat

Written by Super Admin.

Program: Taklimat Di Kampus Cawangan UiTM Johor Bahru Dan UiTM Segamat
Tarikh: 15 April 2013
Tempat: UiTM JB dan Segamat

 

Sepertimana sedia maklum, objektif Institut Pendidikan Neo (iNED) UiTM Shah Alam adalah menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat, pendidikan berterusan secara maya kepada yang berkelayakan untuk meningkatkan pengetahuan, kelayakan akademik, kerjaya dan menyumbang kepada pembangunan universiti dan negara. Peluang pendidikan yang ditawarkan adalah melalui Pendidikan Jarak Jauh (e-PJJ) dan Pengajian Luar Kampus (PLK).

Bagi merealisasikan impian tersebut, rombongan daripada iNED yang terdiri daripada Dr Lennora, Pn Normaswati dan juga En Syurahbil (bersama pemandu En Anuar), telah bergerak seawal 5.30 pagi ke UiTM Johor Bahru dan seterusnya ke UiTM Segamat pada 15 April 2013.

Untuk makluman, khusus bagi kakitangan UiTM yang berjaya mendapat tempat bagi pengajian Diploma dan Ijazah, iNED menyediakan pengurangan 50% yuran pengajian dan pengecualian 100% yuran pengajian melalui program “Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB iNED)". Nota: tertakluk kepada terma dan syarat

Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan kehadiran hampir 50% daripada staf pentadbiran (bukan akademik). Bahkan juga wakil daripada Kampus Johor Bahru dan Kampus Segamat amat berbesar hati untuk membantu mempromosikan program pengajian yang dijalankan oleh iNED kepada masyarakat luar.

Kami di pihak penganjur amat berterima kasih dan perjalanan seharian suntuk amat berbaloi walaupun pulang dengan keletihan. Semoga usaha murni untuk memartabatkan pendidikan akan terus kekal dan mekar sejajar dengan perkembangan ekonomi negara.



Disediakan oleh:
Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo