Kursus Asas pengenalan Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (OSHA) Siri 2

Written by Super Admin.

Program: Kursus Asas pengenalan Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (OSHA) Siri 2
Tarikh: 4 & 5 Mac 2013
Tempat: iLQAM, UiTM

 

Harapan terhadap suasana tempat kerja yang kondusif dan sentiasa berfikiran di “zone selesa” adalah penyakit kepada semua pekerja di dunia. Mendakwa ianya selamat, tidak disangka-sangka kejadian tragis berlaku di depan mata dan hanya redha kepada hukum alam adalah sesuatu perkara yang tidak munasabah jika langkah awal diambil seperti kata pepatah “mencegah lebih baik dari merawat”.

Institut Pendidikan Neo (iNED) sekali lagi telah menganjurkan Kursus Asas Pengenalan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) pada 4 dan 5 Mac 2013. Ini berikutan sambutan yang sangat menggalakkan daripada pihak luar termasuk sektor awam dan swasta, yang memohon penganjur untuk mangadakan kursus ini dalam tempoh yang sama pada kuarter pertama 2013.

Sekali lagi Profesor Madya. Dr. Sariwati binti Mohd Shariff dijemput dalam majlis perkongsian ilmu berkaitan OSH dangan mengambilkira pengalaman luas beliau dalam bidang ini, disamping teknik pengajaran yang amat berkesan .

“Utamakan Keselamatan” atau “Safety First” adalah rangkai kata yang bersesuaian sekali untuk dipraktikkan. Tidak kira di mana anda berada, tahap kesedaran keselamatan perlu dipupuk supaya kejadian tidak diingini boleh dielakkan. Itulah perkataan yang tepat kepada 28 juta rakyat Malaysia yang cintakan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan tidak kira samada di tempat kerja, pejabat, rumah, taman permainan mahupun di tempat sukan. Semoga keselamatan sentiasa berada bersama kita.


Disediakan oleh:
Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo