Program Biz Talk "Brand Mise-En-Science & Ninche Social Networks"

Written by Super Admin.

Program: Biz Talk "Brand Mise-En-Science & Ninche Social Networks"
Tarikh: 29 Mei 2013
Tempat: Hotel UiTM, Shah Alam

 

Buat julung kalinya Program Biz Talk dijalankan bertujuan untuk menjadi platform bagi menghimpunkan kedua-dua pengamal industri dan ahli akademik untuk berbincang, berdebat dan berkongsi maklumat berkaitan trend semasa penjenamaan dan media sosial.

Program ini diadakan pada 29 Mei 2013 (Rabu) bertempat di Hotel UiTM, Shah Alam adalah hasil kerjasama daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan, Institut Pendidikan Neo (iNED), Institute Of Business Excellence (IBE) dan Arsyad Ayub Graduate Business School (AAGBS). Professor Luiz Moutinho dari Adam Smith Buisness School, University of Glasgow yang berpengalaman luas dalam bidang ini telah dijemput untuk memberikan ceramah dan berkongsi pandangan dari perspektif antarabangsa.

Profesor Luiz Moutinho telah menjadi profesor penuh dalam bidang pemasaran sejak tahun 1989 dan dilantik pada tahun 1996 menjadi pengerusi asas pemasaran di University Glasgow. Beliau telah menjalankan kursus-kursus pengajaran yang luas, seminar penyelidikan serta pembentangan global di benua Asia, Amerika, Afrika dan Eropah.

Tumpuan program ini adalah untuk pembinaan strategi jenama yang berjaya selain penyediaan peluang dan cabaran oleh media sosial dalam menyambung dan melibatkan diri kepada rangkaian pemasaran tempatan dan antarabangsa.

Disediakan oleh: 
Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi Dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo (iNED), UiTM