Kursus Developing Outcome Based Education (OBE) Workshop For Lecturer

Written by Super Admin.

Program: Kursus Developing Outcome Based Education (OBE) Workshop For Lecturer
Tarikh: 22 - 24 April2013
Tempat: PTAR UiTM, Shah Alam

 

Kursus Jangka pendek OBE telah menjadi aktiviti yang dianjurkan setiap tahun oleh pihak Penganjur PJIPP iNED. Bagi sesi 2013, kursus ini dijalankan pada 22,23 dan 24 April 2013 (InsyaAllah akan diadakan lagi sekali pada penghujung tahun ini kerana sambutan yang menggalakkan.

Fasilitator yang dilantik mengendalikan kursus ini ialah Tuan Hj Mohamed Nadzri Bin Mohd Yusof. Beliau merupakan Ketua Pusat Pengajian dan juga Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA, UiTM. Berpengalaman luas dalam bidang Pengimejan Perubatan dan Radiografi, termasuklah mempunyai pengalaman hampir 14 tahun sebagai ahli akademik. Beliau pernah menghasilkan dua buku rujukan utama UiTM dan satu buku manual atau log book bidang Pengimejan Perubatan. Pembabitan beliau dalam ceramah OBE semenjak tahun 2008 sehingga ke hari ini.

Objektif kursus yang digariskan hampir tercapai apabila mendapat maklum balas positif daripada hampir keseluruhan 38 orang peserta yang hadir. Pihak penganjur percaya kursus ini dapat menjadi platfom untuk membantu para pensyarah terutamanya daripada kolej-kolej swasta yang belum mendapat latihan OBE sepenuhnya daripada organisasi pendidikan masing-masing. Selain itu, ianya dapat memberi pemahaman dan pendedahan tentang tugas dan misi sebagai pensyarah terutamanya dalam memberi pemahaman tentang teknik pengajaran, penilaian dan pembentangan secara lebih berkesan kepada pensyarah baru khasnya.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Promosi dan Pemasaran (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo (iNED), UiTM