Program Jom Masuk Universiti

Written by Super Admin.

Program : Program Jom Masuk Universiti
Tarikh : 12 April 2015 (Ahad)
Tempat : Dewan Merak, Sekolah Menengah Kebangsaan Meru


 

Program Jom Masuk Universiti ini telah dianjurkan oleh MDAB UiTM Shah Alam dengan kerjasama JKKKP Meru yang bertujuan untuk memberikan penerangan kepada calon lepasan SPM, para ibu bapa dan juga Guru Kaunselor.

Wakil iNED turut hadir bagi memberikan bantuan kepada MDAB UiTM untuk mempromosi serta mengwar-warkan program usahasama dengan Kolej-Kolej Bersekutu UiTM dan juga pengajian separuh masa ePJJ/PLK.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Pemasaran & Pengambilan Pelajar (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Program Selangkah UiTM (Kampus Cawangan)

Written by Super Admin.

Program : Selangkah Ke UiTM
Tempat :
1) Kompleks Star, UiTM Perlis (14 – 15 Mac 2015)
2) Dewan Al- Bukhari Ujana Saujana UiTM Kota Kinabalu (13 – 15 Mac 2015)
3) Dewan Jublee UiTM Cawanagan Sarawak (13 – 15 Mac 2015)
4) RTC Tunjong, Kota Bharu (14 & 15 Mac 2015)
5) RTC Gopeng 07 & 08 Mac 2015
6) Dewan Bung Emas, Hotel Perdana Kota Bharu (19 Jan 2015 & 08 Mac 2015)


 

Ekspo Selangkah ke UiTM merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak UiTM. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan menyalurkan maklumat terkini mengenai program-program yang ditawarkan kepada orang ramai terutamanya calon-calon lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi dalam membuat pilihan yang tepat dan sesuai berdasarkan keputusan yang diperolehi.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Pemasaran & Pengambilan Pelajar (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo

Kursus “Enhancing Interpersonal Skills & Mastering Telephone Etiquette”

Written by Super Admin.

Program : Kursus “Enhancing Interpersonal Skills & Mastering Telephone Etiquette”
Tarikh : 10 hingga 11 Mac 2015
Tempat : Bilik Seminar, Kolej Mawar, UiTM Shah Alam


 

Ceramah diberikan oleh Prof. Madya Puan Hajah Yon Bahiah Bt Wan Aris, seorang penceramah yang sangat berpengalaman.
Tujuan kursus ini diadakan untuk membantu meningkatkan kemahiran komunikasi secara interpersonal dengan pelanggan, selain membantu dalam etika kemahiran telefon yang memberi kesan positif kepada sesebuah organisasi.

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Jaringan Industri, Pemasaran & Pengambilan Pelajar (PJIPP)
Institut Pendidikan Neo