Program Let’S Zumba With iNED

Written by Super Admin.

Program : Let’S Zumba With iNED

Program Let’S Zumba With iNED ini merupakan salah satu daripada aktiviti pelajar epjj tahun akhir Sarjana Muda Komunikasi Massa UiTM Shah Alam (MC 242), yang dibawah seliaan KPP kami, Pn Shira Haniza Binti Yaakop. Program yang diadakan selama tiga hari 26-28 November 2015.

Objektif utama program diadakan bertujuan untuk memupuk budaya hidup yang sihat di kalangan masyarakat,selain memperkenalkan iNED sebagai sebuah institusi pembelajaran sepanjang hayat (PSH) yang telah berjaya membantu ramai golongan bekerjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selain itu juga kami membuka booth untuk mempromosikan program pengajian Diploma dan Sarjana Muda secara separuh masa (e-PJJ/PLK). Penyertaan iNED UiTM ini dapat memberikan penerangan lebih terperinci kepada orang awam mengenai program yang ditawarkan

 

1) Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya (26 November 2015)

 

2) Kompleks D8, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya (13 – 15 Mac 2015)

 

3) Dataran Gemilang Presint 4, Putrajaya (28 November 2015)

 

Disediakan oleh:

Pihak Penganjur
Pusat Pentadbiran & Pengambilan Pelajar (PPPP)
Institut Pendidikan Neo