Iklan Perjawatan iNED (Juruteknik & Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) 2017

Written by Super Admin.

Adalah dimaklumkan, Institut Pendidikan Neo (iNED) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak (Tabung Amanah iNED) di iNED, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Mei 2017 (Jumaat).

Iklan Perjawatan iNED 2017

Written by Super Admin.

Adalah dimaklumkan, Institut Pendidikan Neo (iNED) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak (Tabung Amanah iNED) di iNED, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2017 (Ahad).

Maklumat Project Paper OPM663/672 DAN FIN660/667/668/672

Written by Super Admin.

Berikut adalah maklumat terkini bagi tarikh penting projek paper, senarai nama penasihat dan pemeriksa bagi kod OPM663/672 DAN FIN660/667/668/672.

Semua pelajar WAJIB untuk menyemak hasil kerja menggunakan Turnitin. Disertakan garis panduan untuk rujukan semua.

Latihan Industri Bagi Kod Kursus (MKT661/671, FIN666/671, OPM661/671, HRM661/671 & IBM661/671)

Written by Super Admin.

Berikut adalah borang-borang dan dokumen berkaitan dengan latihan industri bagi kod kursus (MKT661/671, FIN666/671, OPM661/671, HRM661/671 & IBM661/671) yang perlu diisi oleh semua pelajar.

1. Borang pengesahan majikan
2. Organization evaluation form
3. Job description

Sila kembalikan borang dan juga job description yang telah lengkap selewat-lewatnya 31 Mei  2017 melalui fax 03-55448354/pos/serahan tangan kepada pejabat pusat ijazah.

Sekian. Terima kasih.

Kemudahan Menggunakan Ruang Letak Kenderaan Pelajar ePJJ/PLK

Written by Super Admin.

1.    Pelajar ePJJ dan PLK diminta memohon kebenaran mengakses palang melalui system online http://myspb.uitm.edu.my bagi mendapatkan akses pakiran di Hal Ehwal Pelajar (HEP) & Budisiswa.

2.    Pelajar perlu mempunyai rekod stiker kenderaan UiTM (pelekat untuk motor tidak dibenarkan) sebelum boleh memohon melalui sistem tersebut.

3.    Hanya pelajar yang memohon kebenaran dan mendapat kelulusan sahaja yang dibenarkan untuk akses melalui palang.  Akses ke palang akan menggunakan kad pelajar sedia ada.

Nota*
Bagi pelajar yang selama ini boleh akses ke Budisiswa, secara automatic mereka juga boleh akses ke palang di Bangunan ILQAM selepas waktu pejabat (5 petang ke atas dan sepanjang waktu Sabtu dan Ahad).

Permohonan Mendapatkan Salinan Surat Tawaran

Written by Super Admin.

Perhatian kepada pelajar yang ingin mendapatkan salinan surat tawaran bagi kegunaan pengeluaran KWSP, permohonan Zakat, permohonan pembiayaan PTPTN dan sebagainya, anda disarankan untuk membuat permohonan lebih awal kerana tempoh untuk memproses salinan surat berkenaan sekurang-kurangnya mengambil masa satu (1) hari waktu bekerja.

Sebarang kesulitan amat dikesali.

Senarai Modul Berbaki Ijazah iNED

Written by Super Admin.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak iNED dalam proses mengagihkan modul bagi Program Ijazah Sarjana. MODUL ADALAH TERHAD SELAGI STOK MASIH ADA (First Come First Serve).

Bagi mendapatkan modul berkenaan, sila bawa slip pendaftaran kursus dan salinan slip bayaran yuran ke Pusat Kualiti, Sumber Pengajaran & Pembelajaran, iNED, Aras 2, Bangunan UiTM-MTDC.

Berikut adalah senarai modul yang masih berbaki dan operasi kaunter modul:

Senarai Modul Berbaki -->>Muaturun (Update 12/03/2015)

Semakan modul juga boleh disemak di sini.

Sila buat semakan senarai modul sebelum mengambil modul bagi mengelakkan modul yang hendak diambil kehabisan stok.

Harap Maklum.

Makluman Kemudahan Menumpang Peperiksaan Program Ijazah Sarjana Muda

Written by Super Admin.

Adalah dimaklumkan bahawa PERMOHONAN MENUMPANG PEPERIKSAAN bagi pelajar ePJJ dan PLK Program Sarjana Muda TELAH DIBERHENTIKAN mulai semester 20134I (Peperiksaan Disember 2013).

Keputusan ini dibuat kerana perubahan sistem peperiksaan (Desentralisasi). Sehubungan itu, semua pelajar akan menduduki peperiksaan akhir di kampus masing-masing termasuk pelajar yang menumpang kuliah di kelas e-PJJ/PLK.

Harap Maklum.

Surcaj Kepada Pelajar Yang mendapat Gred YY dan ZZ dalam Peperiksaan Universiti

Written by Super Admin.

Merujuk kepada Peraturan Akademik UiTM (Pindaan 2011) para 2.15.5 dan keputusan Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan (seperti yang dilampirkan), pelajar UiTM yang mendapat status YY iaitu tidak hadir peperiksaan tanpa kebenaran akan dikenakan surcaj sebanyak RM100.00 bagi setiap kursus.

Maklumat lanjut sila rujuk Pekeliling -->> Klik Disini

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan UiTM

Written by Super Admin.

Untuk pencarian Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan UiTM secara dalam talian sila layari pautan ini http://eqps.ptar.uitm.edu.my:8080/eqps/. Pelajar berdaftar hanya perlu mendaftarkan nombor pelajar atau nombor staf beserta nombor kad pengenalan sahaja untuk mengakses koleksi ini.

Koleksi terkini kertas-kertas soalan ini adalah bagi Kertas Soalan Peperiksaan pada bulan Mac 2012 untuk 24 fakulti dan meliputi 841 kod kursus.

Pertanyaan mengenai login EQPS: Pn Ja'amayah Kosnan 03-55443783 

Pertanyaan mengenai teknik pencarian EQPS: Pn Azura Mohamad Hashim 03-55443712 ataupun pustakawan di kampus cawangan anda.