FAQ -INTAKE

Written by Super Admin.

FAQ INTAKE

1. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara atau Penduduk Tetap untuk memohon kemasukan ke UiTM?
Tidak boleh. Permohonan kemasukan ke UiTM terbuka kepada warganegara Malaysia dan Bumiputera sahaja.Berikut adalah table untuk menentukan taraf bumiputera

NegeriTakrifan Bumiputera
Semenanjung Jika salah seorang ibu ATAU bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/ Orang Asli seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.
Sabah Jika bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama Islam/ Peribumi Sabah seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161 A (6) (b) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.
Sarawak Jika bapa DAN ibu calon adalah seorang Peribumi Sarawak seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 161 A (6) (a) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya adalah dianggap seorang Bumiputera.

 

2. Bilakah pengambilan pelajar akan dilakukan?
Sesi pengambilan pelajar dilakukan dua kali setahun bagi program Diploma dan Sarjana Muda seperti berikut:-

3. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?
Permohonan kemasukan ke iNED,UiTM adalah dengan mengguna pakai aplikasi dalam talian sepenuhnya melalui laman web iNED (http://online.uitm.edu.my/ined/). Tempoh permohonan dibuka sepanjang masa.

4. Adakah saya perlu membeli nombor pin BSN?
Tidak perlu. Pemohon hanya perlu mengisi online dan hantar dokumen yang diperlukan bersama WANG POS.

5. Apakah syarat kemasukan program iNED?
Syarat kemasukan setiap program adalah merujuk kepada Syarat Umum dan Syarat Kemasukan Program. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web iNED (Syarat Kelayakan Program ijazah Sarjana Muda @ Syarat Kelayakan Program Diploma)

6. Apakah program yang ditawarkan di iNED,UiTM?
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web iNED (Program yang ditawarkan)

7. Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah layak dengan kelayakan yang saya ada?
Anda boleh buat semakan kelayakan untuk memasuki program e-PJJ/PLK. Sila layari sistem semakan kelayakan (http://selangkah.ined.uitm.edu.my)

8. Adakah setiap program ditawarkan pada setiap sesi pengambilan?
Tidak semestinya. Sebagai contoh, program sains kesihatan peringkat Sarjana Muda hanya ditawarkan pada sesi kemasukan September 2012.

9. Adakah boleh memohon program Sarjana Muda yang ditawarkan sekiranya masih belum menduduki Malaysian University English Test (MUET)
Tidak boleh, calon perlu mempunyai keputusan MUET sebelum memohon. ( Bagi calon yang menunggu keputusan MUET, perlu lampirkan slip menduduki peperiksaan MUET dan penawaran hanya sah jika anda telah mengemukakan keputusan MUET.

10. Adakah program pengajian separuh masa e-PJJ&PLK iNED-UiTM diiktiraf oleh badan professional dan MQA?
Ya, program-program pengajian separuh masa e-PJJ&PLK yang dijalankan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan badan-badan professional yang berkenaan

11. Apakah persamaan/perbezaan mod Pengajian Luar Kampus (PLK) dengan Pengajian Jarak Jauh(e-PJJ)?
Semua program dijalankan secara e-PJJ kecuali program Sarjana Muda Undang-Undang (LW213) dan Sarjana Muda Undang-Undang (LW213). Kedua-dua program dijalankan secara PLK. Kuliah bagi program e-PJJ hanya 5 kali sepanjang semester manakala program PLK adalah 7 kali. Kedua-duanya juga melibatkan sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian antara pensyarah dan pelajar.

12. Bolehkah lepasan Diploma Eksekutif mengikuti program Sarjana Muda Separuh Masa?
Tidak boleh, kerana tidak memenuhi Syarat Kemasukan Program.