FAQ - PROGRAMME OFFER

Written by Super Admin.

FAQ PROGRAMME OFFER

1. Adakah saya dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod program pengajian selepas tarikh tutup permohonan kemasukan ke UiTM?
Tidak dibenarkan. Kemaskini maklumat permohonan hanya boleh dibuat sebanyak 4 kali (sebelum tarikh tutup).

2. Bilakah surat tawaran akan dikeluarkan?
Secara amnya, surat tawaran akan dikeluarkan sebulan lebih awal dari tarikh pendaftaran. Surat tawaran hanya dikeluarkan untuk pemohon yang berjaya.

3. Adakah saya dibenarkan menukar program pengajian yang telah ditawarkan?
Tidak boleh.

4. Adakah saya akan disenarai hitam jika menolak tawaran ini?
Tidak.

5. Bolehkah saya menangguhkan tawaran mengikuti pengajian semester ini?
Boleh. Penangguhan penerimaan tawaran mengikuti pengajian hanya dibenarkan untuk 1 semester sahaja. Sila hantarkan surat rasmi ke Unit Pengambilan Pelajar,iNED UiTM.

6. Mengapakah program/ kampus yang ditawarkan berlainan dengan program/kampus yang dimohon?
Ianya berlainan kerana tertakluk kepada bilangan calon bagi sesuatu program yang dimohon. Jika tidak mencukupi 30 pelajar, program/kampus tidak dapat dibuka. Selain itu, jika pilihan pertama program tidak layak, semakan pilihan kedua akan dibuat.