FAQ - BURSARY

Written by Super Admin.

1. Berapakah yuran untuk mengikuti program di iNED?
Sila klik disini (http://www.ined.uitm.edu.my/index.php/admission/fees-studies) untuk maklumat lanjut.

2. Adakah boleh pelajar membuat pengeluaran KWSP bagi menjelaskan yuran pengajian?
Boleh. Permohonan pengeluaran KWSP perlu diuruskan sendiri oleh pelajar. INED,UITM akan mengeluarkan Surat Pengesahan Pelajar sebagai dokumen sokongan permohonan pengeluaran.

3. Adakah pinjaman PTPTN boleh dibuat?
Pelajar boleh memohon pinjaman secara atas talian. Pelajar perlu mengisi borang permohonan yang disediakan secara atas talian di http://www.ptptn.gov.my/. Pelajar yang ingin memohon pembiayaan daripada PTPTN perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak PTPTN.

4. Bilakah permohonan PTPTN akan dibuka?
Permohonan PTPTN dibuka sepanjang masa. Rujuk laman web PTPTN (www.ptptn.gov.my).