FAQ -DURATION OF STUDY

Written by Super Admin.

FAQ DURATION OF STUDY

1. Berapakah tempoh pengajian bagi satu-satu program iNED,UITM ?
Tempoh pengajian adalah bergantung kepada Jumlah Kredit Program yang wajib disempurnakan. Secara amnya, tempoh pengajian bagi program Diploma dan Sarjana Muda e-PJJ &PLK adalah 4 tahun.

Program PengajianUnit Kredit
Diploma Minimum 90 Kredit
Sarjana Muda Minimum 120 Kredit

 

2. Apakah medium perantaraan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?
Penggunaan Bahasa Inggeris akan digunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

3. Bagaimanakah cara untuk membuat pendaftaran kursus?
Pendaftaran kursus bagi pelajar dibuat secara atas talian sepenuhnya.(Rujuk Kalendar akademik untuk mengetahui bila/tempoh membuat pendaftaran kursus)

4. Berapakah kadar maksimum kredit yang boleh didaftarkan pada satu-satu semester pengajian?
Kredit yang dibenarkan adalah enam belas (16) kredit, walau bagaimanapun pelajar yang ingin mengambil lebih daripada enam belas (16) kredit hendaklah mendapat kelulusan Timbalan Pengarah Pusat Diploma/ Ijazah.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan pengecualian kredit dan syarat-syaratnya?
Pengecualian Kredit merupakan permohonan pengurangan jumlah keseluruhan kredit yang disyaratkan bagi satu-satu program. Syarat-syaratnya:

  • Pelajar yang gagal/tidak tamat/diberhentikan dari mana-mana program IPT tidak layak diberi pengecualian kredit
  • Jumlah maksimum unit kredit untuk dikecualikan tidak melebihi satu pertiga(1/3) jumlah unit kredit bagi program yang sedang diikuti
  • Kursus yang dipohon untuk pengecualian kredit mempunyai pertindihan kandungan sekurang-kurangnyan75% dengan kursus yang ditawarkan kecuali kursus-kursus Universiti
  • Kursus yang dipohon untuk pengecualian kredit hendaklah berstatus lulus

6. Bagaimanakah cara permohonan Pengecualian Kredit?
Permohonan Pengecualian Kredit adalah secara atas talian(online) semasa memohon program Sarjana Muda. Pemohon perlu memasukkan maklumat subjek yang terdapat di dalam transkrip diploma.