Application Fee & Refund Policy

Written by Super Admin. Posted in Admission

  1. Pemohon boleh membuat permohonan ke program iNED melalui Sistem Pengambilan Pelajar iNED di pautan http://online.uitm.edu.my/ined.
  2. Bagi kemasukan sesi November 2016, yuran permohonan sebanyak RM12 dikenakan bagi setiap permohonan. Bayaran perlu dibuat menggunakan wang pos atas nama BENDAHARI UiTM dan dihantar ke Bahagian Pengambilan Pelajar iNED.
  3. Bermula sesi kemasukan Mac 2017, setiap permohonan dikenakan yuran sebanyak RM15.
  4. Bayaran perlu dibuat secara atas talian melalui Sistem Pengambilan Pelajar iNED. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan program dan kampus setelah yuran proses ini dijelaskan.
  5. Perkhidmatan pembayaran atas talian ini disediakan oleh MOLPay. Terdapat 3 kaedah pembayaran yang disediakan iaitu Online Banking, Kad Kredit dan Bayaran Tunai (7 Eleven). Caj sebanyak RM0.60 dikenakan bagi setiap transaksi.
  6. Sekiranya pemohon tidak ditawarkan ke mana-mana program kerana tidak memenuhi syarat kemasukan atau atas sebab-sebab lain, yuran proses ini tidak akan dikembalikan.

 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar iNED di talian 03-55448338/8182/8337.